Salam and Heiyoo folks....hahaha kali ni topik kita lebih kearah patriotisma lah kata orang...hari ni bagun2 jerr rasa sentap sebelum tu ingin lah saya menyampaikan rasa takziah kepada tiga sahabat saya, bukan sebbab meninggal dunia tapi kerana kehilangan harta benda apabila rumah sewa mereka dimasuki perompak hari Rabu lepas..ok lah disini saya ingin menyentuh tentang keamanan. Keamanan sering dilaung-laungkan oleh kerajaan kita (dimana saya sentiasa percaya bahawa kerajaan senantiasa cuba mempertahankan negara).Memang Malaysia ini aman damai, tiada peperangan, tapi adakah keamanan dinilai dari tiadanya peperangan? apabila kes2 seperti curi, rompak, bunuh, culik semakin berleluasa...ingin saya tanya amankah kita??..kanak2 dilarg bermain dgn bebas tidak seperti dulu...ibu bapa menjadi paranoi.....ramai yg takut untuk menaiki kenderaan sendiri selepas mengisi minyak...terfikir juga, kenapa rasa tidak selamat itu, wujud dalam diri. Mungkinkah dengan lambakan warga asing, hingga warganegara sendiri takut untuk berjalan di bumi tanah air sendiri?...tapi salah siapakah apabila ramai warga asing datang kenegara kita untuk mengisi peluang pekerjaan yang sepatutnya diraih oleh orang kita sendiri? Di Jepun dari kita boleh lihat bahawa mereka hanya menggunakan tenaga kerja dari orang mereka sendiri dan tidak memerlukan warga asing untuk menjadi buruh di negara mereka.Mungkin ada, tapi tidak sebanyak di negara kita. Hinggakan kerja kilang yang sepatutnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia disapu habis oleh mereka..Anak2 muda juga bersifat sombong dang angkuh serta agak memilih....bak kata pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri...maksudnya tengoklah kemampuan sendiri dahulu sebelum melihat kemampuan orang lain..Jika kita pnya kemampuan tidak seperti orang kenapa perlu memilih??...saya bukannya ingin menjatuhkan atau merendah2kan martabat orang lain..tapi itulah realiti dinegara kita...saya harap kita semua akan dapat renung2kan kenapa keadaan sekarang tidak sama seperti dulu....
wasssalam....X).......with love,me..................